Segala maklumat mengenai sukan & rekreasi akan anda perolehi di dalam blog ini..Selamat membaca ya kawan2..
Monday, October 19, 2009
Hyperlink
Hyperlink merupakan sambungan yang boleh dilakukan dengan mudah apabila kita menggunakan microsoft powerpoint. Sambungan link boleh dilakukan dengan mudah dari satu slide ke satu slide yang lain agar proses presentation dapat dilakukan dengan mudah. Untuk memasukkan hyperlink di dalam slide perlulah dilakukan dahulu perancangan agar ia tersusun.
Hyperlink boleh dimasukkan dengan menekan butang kanan pada tetikus dan boleh dihubungkan pada slide yang dikehendaki.
Penggunaan Hyperlink ini merupakan satu kaedah mudah yang dapat memberi manfaat kepada semua pengguna.
Apa Itu Hyperteks
Pengenalan
HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.Istilah hiperteks ialah hiperpautan (atau ringkasnya pautan) yang merupakan sambungan daripada sebuah web kepada web yang lain. Sambungan ini dapat dicipta dengan alamat sumbernya. Pengguna boleh mengikuti sambungan tersebut pada pelayar web[1] dengan mengklik pautan yang disediakan.
Pautan adalah perkara yang terpenting dalam pembinaan Jaringan Sejagat kerana ia boleh menyambung sesebuah laman web kepada laman web yang lain. Konsep ini diutarakan oleh Tim Berners-Lee. Walaupun begitu, ia tidak tertakluk kepada Jaringan Sejagat sahaja, malah pautan juga digunakan dalam media-media elektronik yang lain.
Proses Refleksi Metakognitif
- Proses ini adalah satu proses perancangan yang dilakukan unutuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Bagaimana perancangannya adalah dibawah tanggungjawab dirinya sendiri.
- Proses ini mempunyai 3 cara iaitu perancangan,pemantauan dan penilaian.
- Proses yang pertama adah perancangan.Kita haruslah merancang dahulu apa yang ingin di cari dan adakah ia penting.Contohnya,seorang jurulatih haruslah mempunyai perancangan semasa latihan bagi mengelakkan pasukan yang dibimbing beliau tidak kucar kacir semasa latihan.Kita perlu mengambil tindakan yang betul dalam mengakses sesuatu maklumat dengan mengunakan beberapa cara.Yang pertama mengunakan kata kunci untuk mnecari maklumat dengan lebih tepat dan yang kedua dengan mengunakan enjin pencarian tertentu.
- Proses yang kedua adalah pemantauan.pemantauan dilakukan dengan menjelajah keseluruhan laman web tersebut untuk mengenal pasti pengarang dan isi kandungannya. Ini membolehkan kita mencari maklumat dengan cepat dan tepat.
- Proses ketiga iaitu yang terakhir adalah penilaian.kita mestilah menilai sesuatu laman web tersebut dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu kejelasan, ketepatan, terperinci, logik, relevan, mendalam, luas adil dan adil. Dengan ini kita mampu mencari laman web yang sesuai dengan kita bagi mencari maklumat yang di perlukan dan menyesuaikan serta mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)