I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 8, 2011

Unit Teknologi Sukan ISN

Print

Bidang-bidang lain yang di tawarkan oleh unit ialah, menyalurkan khidmat maklumat kepada pusat-pusat sains sukan, menyediakan video motivasi kepada pusat psikologi, membantu cawangan perubatan sukan mengenalpasti punca kecederaan atlit semasa pertandingan, melakukan kajian dari sumber yang di miliki dan berperanan mendidik atlit dan jurulatih akan kepentingan teknologi sukan dalam pencapaian atlit.

FUNGSI UNIT STISN

Unit Teknologi Sukan ISN berfungsi sebagai pusat perkembangan dan penganalisaan bidang teknologi, dimana penganalisaan dilakukan dengan dengan menggunakan teknologi yang terkini.
Menjadi pusat Research & Development dalam menghasilkan software analisis yang boleh membantu sukan tanahair dengan kos yang rendah dengan bantuan kepakaran tempatan dan asing.

Menjadi pusat rujukan bagi jurulatih dan pengiat sukan dalam hasil dari analisa yang telah di arkibkan.
Mewujudkan jurang yang erat dari segi teknologi sukan yang dimiliki oleh negara-negara maju dengan negara kita. Ini kerana kita mampu menghasilkan perisian software and harware kita sendiri.

Mendidik jurulatih dalam berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam bidang kejurulatihan dengan bantuan tenologi sukan yang mana teknologi sudah menjadi sebahagian dari kejayaan seseorang atlit atau pasukan.
Dengan konsep pintu terbuka unit ini, hasrat untuk mendidik atlit agar menilai prestasi mereka dengan menggunakan teknologi tercapai.

No comments:

Post a Comment