I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 19, 2009

Apa Itu Hyperteks



Pengenalan

HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.

Istilah hiperteks ialah hiperpautan (atau ringkasnya pautan) yang merupakan sambungan daripada sebuah web kepada web yang lain. Sambungan ini dapat dicipta dengan alamat sumbernya. Pengguna boleh mengikuti sambungan tersebut pada pelayar web[1] dengan mengklik pautan yang disediakan.

Pautan adalah perkara yang terpenting dalam pembinaan Jaringan Sejagat kerana ia boleh menyambung sesebuah laman web kepada laman web yang lain. Konsep ini diutarakan oleh Tim Berners-Lee. Walaupun begitu, ia tidak tertakluk kepada Jaringan Sejagat sahaja, malah pautan juga digunakan dalam media-media elektronik yang lain.

1 comment:

  1. as'salam, warna font awak sgt cantik tapi xjelas bila nak baca.. terpaksa kecik dan besarkan mata bila nak bace..rabun la katakan..

    ReplyDelete