I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 19, 2009

Hyperlink


Hyperlink merupakan sambungan yang boleh dilakukan dengan mudah apabila kita menggunakan microsoft powerpoint. Sambungan link boleh dilakukan dengan mudah dari satu slide ke satu slide yang lain agar proses presentation dapat dilakukan dengan mudah. Untuk memasukkan hyperlink di dalam slide perlulah dilakukan dahulu perancangan agar ia tersusun.

Hyperlink boleh dimasukkan dengan menekan butang kanan pada tetikus dan boleh dihubungkan pada slide yang dikehendaki.

Penggunaan Hyperlink ini merupakan satu kaedah mudah yang dapat memberi manfaat kepada semua pengguna.

Apa Itu Hyperteks



Pengenalan

HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.

Istilah hiperteks ialah hiperpautan (atau ringkasnya pautan) yang merupakan sambungan daripada sebuah web kepada web yang lain. Sambungan ini dapat dicipta dengan alamat sumbernya. Pengguna boleh mengikuti sambungan tersebut pada pelayar web[1] dengan mengklik pautan yang disediakan.

Pautan adalah perkara yang terpenting dalam pembinaan Jaringan Sejagat kerana ia boleh menyambung sesebuah laman web kepada laman web yang lain. Konsep ini diutarakan oleh Tim Berners-Lee. Walaupun begitu, ia tidak tertakluk kepada Jaringan Sejagat sahaja, malah pautan juga digunakan dalam media-media elektronik yang lain.

Proses Refleksi Metakognitif



  • Proses ini adalah satu proses perancangan yang dilakukan unutuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Bagaimana perancangannya adalah dibawah tanggungjawab dirinya sendiri.
  • Proses ini mempunyai 3 cara iaitu perancangan,pemantauan dan penilaian.
  • Proses yang pertama adah perancangan.Kita haruslah merancang dahulu apa yang ingin di cari dan adakah ia penting.Contohnya,seorang jurulatih haruslah mempunyai perancangan semasa latihan bagi mengelakkan pasukan yang dibimbing beliau tidak kucar kacir semasa latihan.Kita perlu mengambil tindakan yang betul dalam mengakses sesuatu maklumat dengan mengunakan beberapa cara.Yang pertama mengunakan kata kunci untuk mnecari maklumat dengan lebih tepat dan yang kedua dengan mengunakan enjin pencarian tertentu.
  • Proses yang kedua adalah pemantauan.pemantauan dilakukan dengan menjelajah keseluruhan laman web tersebut untuk mengenal pasti pengarang dan isi kandungannya. Ini membolehkan kita mencari maklumat dengan cepat dan tepat.
  • Proses ketiga iaitu yang terakhir adalah penilaian.kita mestilah menilai sesuatu laman web tersebut dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu kejelasan, ketepatan, terperinci, logik, relevan, mendalam, luas adil dan adil. Dengan ini kita mampu mencari laman web yang sesuai dengan kita bagi mencari maklumat yang di perlukan dan menyesuaikan serta mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Monday, September 14, 2009

Microsoft Office Excel



Penggunaan Microsoft Excel dapat membantu kita untuk membuat laporan dan merekod markah pelajar-pelajar kelak. Antara kemudahan yang disediakan ialah kita boleh membuat kiraan dengan mudah menggunakan
rumus-rumus yang sedia ada.















Mencari Jumlah markah :
Gunakan (SUM) anda hanya perlu highlight jumlah markah
Fomulas > Sum > klik pada markah dan enter > untuk jumlah seteru
snya Klik pada cell dan tarik kebawah jumlah akan dapat secara automatik hanya untuk fomular yang sama sahaja.

Kedudukan Dalam Jadual :
Gunakan SORT iaitu highlight semua markah sekali dengan tajuk dan enter
Contoh untuk susun kedudukan berdasarkan jumlah markah
Highlight > Data > SORT
Pada Colum Sort by : Jumlah manakala Colum Order : Largest to smallest

Mencari Markah MOD :
klik colum untuk letak markah MOD
Fomulas > Insert Function > MODE > Number1 dan highlight semua markah

Menentukan Gred
VLOOK UP
Di Table Gred Hightlight table > Formulas > Insert Function > Vlook up ( look up_ value : Klik Colum yang menunjukkan markah # pada Table Array : Markah # Col_Indek_Num : 2 # Range Lookup : TRUE) > Dapat Nilai > Langkah seterusnya ialah drag dan tarik kebawah untuk cari fomular yang sama.

Mengira Gred :
COUNTIF
Colum yg Hendak masukkan Gred > Formulas > Insert Funtion > Countif ( Range : highlight semua gred dalam satu subjek dan Criteria : Klik Gred A contohnya) > untuk gred seterusnya Drag sahaja kebawah.







Thursday, August 20, 2009

Sukan lasak...Paintball


Salah satu contoh aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Permainan ini memerlukan ketahanan badan dan mental yang tinggi dan dapat memupuk semangat kerjasama para pemain.
Kelebihan permainan ini adalah dapat membantu meningkatkan ketahanan kardioveskular pemain dan meningkatkan kecergasan badan.

PROGRAM SUKAN DAN REKREASI


tugasan

PENGENALAN


Program Sukan dan Rekreasi merupakan satu program yang memerlukan pelajarnya berkemahiran dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang sukan malahan bidang psikologi, fisiologi dan keselamatan manusia dalam menjalankan aktiviti sukan. Program ini memberi persediaan pelajar dalam memperolehi Sijil Kejurulatihan Peringkat Kebangsaan Tahap Awalan yang diterapkan melalui aspek teori dan amali. Pendedahan menjurus kepada aspek teori, kaedah, teknik kemahiran dan aplikasi melatih jenis sukan yang dipilih oleh pelajar seperti hoki, bola sepak, dan kemahiran olahraga. Selain itu Program ini juga telah menawarkan kursus Asas Saintifik Kegiatan Manusia. Kursus ini memperkenalkan para pelajar mengenai aspek aktiviti fizikal dan pergerakan yang berkaitan dengan asas fisiologi, asas biomakanik, pembelajaran dan kawalan motor serta implikasi psikologi bagi aktiviti fizikal yang berkaitan.

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


13/08/09

Pengenalan
Kemahiran mengutamakan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan situasi
kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum
pendidikan menyatupadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran ICT amat diperlukan. kemahiran mempelajari ICT juga boleh dilakukan secara ansur maju agar kemahiran dapat dikuasai.

Kepentingan ICT dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauh manakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa?

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi amat penting memandangkan kemunculan kepelbagaian teknologi yang semakin canggih dan bermutu. oleh itu para guru mestilah mempelajari dan mendalami ilmu ICT ini agar tidak ketinggalan. ICt ini juga bukan sahaja salah satu item yang penting dalam teknologi malahan penggunaannya boleh memudahkan seseorang untuk memperolehi maklumat dan ilmu dengan mudah tanpa perlu ke mana-mana.kepelbagaian sistem yang ada dapat membantu semua pengguna memperolehi maklumat dengan mudah dan kepelbagaian kemahiran dapat dijanakan.



Wednesday, August 19, 2009

Nota : Microsoft Power Point


20/08/2009

PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT


Mempelajari Microsoft Power Point berkenaan penggunaan Slide Master untuk digunakan dalam slide show biasa. Slide master digunakan untuk mencipta latar belakang slide menggunakan kretiviti masing-masing dan idea-idea kreatif pelajar, apabila sudah mencipta latar belakang pilihan masing-masing. Slide Master adalah hanya untuk membina background yang baru atau mencipta latar belakang pilihan sendiri tanpa menggunakan slide yang sedia ada. Manakala jika menggunakan Slide Show yang biasa hanya terhad kepada penggunaan background yang tersedia ada di dalam Power point.

Pelbagai cara boleh digunakan di dalam power point untuk membuat perbentangn masing-masing di dalam power point. penggunaan animasi dan shape boleh meningkatkan lagi kreativiti masing-masing.

Wednesday, July 29, 2009

Perbincangan Pelajaran Kejurulatihan sukan


Proses menjadi jurulatih dalam sukan adalah satu perkara yang amat memerlukan kemahiran pembelajaran yang tinggi dan pemahaman yang mendalam bukan sahaja dari segi mental dan fizikal malahan kemahiran berkenaan aktiviti sukan yang diceburi, ini kerana pelbagai risiko dihadapi ketika dalam melaksanakan aktiviti sukan. Latihan fizikal yang mantap dan berkesan juga menjadi faktor pengukur dalam pelbagai aktiviti.

FACEBOOK


Penggunaan Facebook

Facebook merupakan satu laman atau ruang yang telah dicipta untuk ahli-ahlinya berkongsi cerita, pengalaman, ilmu pengetahuan dah boleh berkongsi pendapat, komen ,pengalaman, gambar dan lain-lain dengan ahli kumpulan melalui ruangan sembang yang disediakan. Facebook juga dapat memudahkan perhubungan antara rakan-rakan yang menyertainya untuk berkongsi pengetahuan.