I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 20, 2009

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


13/08/09

Pengenalan
Kemahiran mengutamakan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan situasi
kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum
pendidikan menyatupadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran ICT amat diperlukan. kemahiran mempelajari ICT juga boleh dilakukan secara ansur maju agar kemahiran dapat dikuasai.

Kepentingan ICT dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauh manakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa?

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi amat penting memandangkan kemunculan kepelbagaian teknologi yang semakin canggih dan bermutu. oleh itu para guru mestilah mempelajari dan mendalami ilmu ICT ini agar tidak ketinggalan. ICt ini juga bukan sahaja salah satu item yang penting dalam teknologi malahan penggunaannya boleh memudahkan seseorang untuk memperolehi maklumat dan ilmu dengan mudah tanpa perlu ke mana-mana.kepelbagaian sistem yang ada dapat membantu semua pengguna memperolehi maklumat dengan mudah dan kepelbagaian kemahiran dapat dijanakan.



No comments:

Post a Comment