Segala maklumat mengenai sukan & rekreasi akan anda perolehi di dalam blog ini..Selamat membaca ya kawan2..
Thursday, August 20, 2009
PROGRAM SUKAN DAN REKREASI
tugasan
PENGENALAN
Program Sukan dan Rekreasi merupakan satu program yang memerlukan pelajarnya berkemahiran dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang sukan malahan bidang psikologi, fisiologi dan keselamatan manusia dalam menjalankan aktiviti sukan. Program ini memberi persediaan pelajar dalam memperolehi Sijil Kejurulatihan Peringkat Kebangsaan Tahap Awalan yang diterapkan melalui aspek teori dan amali. Pendedahan menjurus kepada aspek teori, kaedah, teknik kemahiran dan aplikasi melatih jenis sukan yang dipilih oleh pelajar seperti hoki, bola sepak, dan kemahiran olahraga. Selain itu Program ini juga telah menawarkan kursus Asas Saintifik Kegiatan Manusia. Kursus ini memperkenalkan para pelajar mengenai aspek aktiviti fizikal dan pergerakan yang berkaitan dengan asas fisiologi, asas biomakanik, pembelajaran dan kawalan motor serta implikasi psikologi bagi aktiviti fizikal yang berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment