I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 20, 2009

Sukan lasak...Paintball


Salah satu contoh aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Permainan ini memerlukan ketahanan badan dan mental yang tinggi dan dapat memupuk semangat kerjasama para pemain.
Kelebihan permainan ini adalah dapat membantu meningkatkan ketahanan kardioveskular pemain dan meningkatkan kecergasan badan.

PROGRAM SUKAN DAN REKREASI


tugasan

PENGENALAN


Program Sukan dan Rekreasi merupakan satu program yang memerlukan pelajarnya berkemahiran dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang sukan malahan bidang psikologi, fisiologi dan keselamatan manusia dalam menjalankan aktiviti sukan. Program ini memberi persediaan pelajar dalam memperolehi Sijil Kejurulatihan Peringkat Kebangsaan Tahap Awalan yang diterapkan melalui aspek teori dan amali. Pendedahan menjurus kepada aspek teori, kaedah, teknik kemahiran dan aplikasi melatih jenis sukan yang dipilih oleh pelajar seperti hoki, bola sepak, dan kemahiran olahraga. Selain itu Program ini juga telah menawarkan kursus Asas Saintifik Kegiatan Manusia. Kursus ini memperkenalkan para pelajar mengenai aspek aktiviti fizikal dan pergerakan yang berkaitan dengan asas fisiologi, asas biomakanik, pembelajaran dan kawalan motor serta implikasi psikologi bagi aktiviti fizikal yang berkaitan.

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


13/08/09

Pengenalan
Kemahiran mengutamakan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan situasi
kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum
pendidikan menyatupadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran ICT amat diperlukan. kemahiran mempelajari ICT juga boleh dilakukan secara ansur maju agar kemahiran dapat dikuasai.

Kepentingan ICT dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauh manakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa?

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi amat penting memandangkan kemunculan kepelbagaian teknologi yang semakin canggih dan bermutu. oleh itu para guru mestilah mempelajari dan mendalami ilmu ICT ini agar tidak ketinggalan. ICt ini juga bukan sahaja salah satu item yang penting dalam teknologi malahan penggunaannya boleh memudahkan seseorang untuk memperolehi maklumat dan ilmu dengan mudah tanpa perlu ke mana-mana.kepelbagaian sistem yang ada dapat membantu semua pengguna memperolehi maklumat dengan mudah dan kepelbagaian kemahiran dapat dijanakan.



Wednesday, August 19, 2009

Nota : Microsoft Power Point


20/08/2009

PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT


Mempelajari Microsoft Power Point berkenaan penggunaan Slide Master untuk digunakan dalam slide show biasa. Slide master digunakan untuk mencipta latar belakang slide menggunakan kretiviti masing-masing dan idea-idea kreatif pelajar, apabila sudah mencipta latar belakang pilihan masing-masing. Slide Master adalah hanya untuk membina background yang baru atau mencipta latar belakang pilihan sendiri tanpa menggunakan slide yang sedia ada. Manakala jika menggunakan Slide Show yang biasa hanya terhad kepada penggunaan background yang tersedia ada di dalam Power point.

Pelbagai cara boleh digunakan di dalam power point untuk membuat perbentangn masing-masing di dalam power point. penggunaan animasi dan shape boleh meningkatkan lagi kreativiti masing-masing.